" Kenapa awak suka sakit kan hati saya.... macam ni ke awak sayang saya?"
" Ye.... sebab saya syg kn awak lah.... saya sakit kan hati awak. Supaya saya tahu awak pun sayang saya atau pun tidak"
Azira terdiam mendengar kata-kata iman. Hanya air mata nya sahaja yang mampu mengalir. Itu adalah kali kedua dia menyayangi seseorang, tapi dia sering bertanya kepada dirinya, ' kenapa aku selalu jatuh hati pada orag yang salah? kenapa aku tak mampu utk menyayangi orang yang ikhlas terhadap aku? maaf kan aku Aimal, bukan niat ku untuk mempermain kan hati mu.' Azira berlalu meninggal kan Iman sendiri. Dia mengeluarkan telefon bimbit nya dan mendail satu nombor,Aimal.
"Awak jangan kemana-mana saya akan datang pada awak, tunggu saya."
Aimal meninggal kan bilik mesyuarat nya dan bergegas ke keretanya. Dia ingin segera menenangkan Azira. Suara tangisan Azira tadi sudah cukup merungsing kan dirinya. Dia menemui Azira yang sedang menangis, hati nya pilu dan sakit melihat tiap titisan air mata gadis itu. Dia menggemgam kan tangan nya.
"Zira." Aimal merenung tepat kewajah jelita itu.
" Awak, kenapa saya mesti suka kan orang yang salah. Mungkin saya tak sepatut nya mengenali dia kan?"
air mata Zira mengalir lagi.
" Zira perasaan sayang pada seseorang itu adalah satu anugerah. Mungkin ini satu ujian utuk menjadikan awak lebih tabah"
Aimal terus memujuk Azira. Bagi nya dapat melihat gadis itu senyum setiap hari sudah cukup untuk menyinari hari-hari nya. Tetapi jika ada sahaja gumpulan air di kelopak mata gadis itu, itu cukup merungsing kan dirinya. dia tidak mungkin dapat melakukan apa-apa pada hari itu selagi gadis yang amat disayanginya itu masih bersedih. Bagi nya Azira sangat istimewa, berbeza dari gadis lain. Berbeza dari teman-teman wanitanya sebelum ini. Numun dia ikhlas untuk mengenali gadis, oleh itu dia rela jika gadis itu menyayangi lelaki lain. Dia juga pernah menyatakan bahawa Azira adalah perkara yang paling dia sayang dalam dunia ini selepas Allah. Dia adalah anak Yatim yang dibesar kan oleh bapa saudaranya. Kehadiran Azira dalm hidup nya banyak membarikan sinar kebahagiaan dalam dirinya. Walupun ketika sakit, dia masih mampu utk tersenyum apabila mendengar suara gadis itu.
" Jangan la menangis lagi, saya tak mampu utuk melihat awak macam ni. Awak nak saya menangis sekali ke?"
Berhambur ketawa Azira mendengar ayat Aimal itu walaupun kesan-kesan air mata masih tersisa di matanya. Dia tahu Aimal akan mampu juga membuat dia untuk ketawa semula.
Dari jauh Iman hanya memerhati sahaja bagaimana Aimal memujuk Azira. Dia terlalu menyayangi gadis itu, tapi entah kenapa dia sering menyakitkan hati gadis itu dan menitiskan air matanya. Sebolehnya Dia ingin sentisa menjaga dan merawat gadis itu, cuma dia merasakan dirinya tidak layak untuk meneria kasih sayang gadis itu.
" Iman."
Iman melihat gadis yang memanggil nya itu. dia tersenyum.
" Maria"
* * * *
Sudah hampir sebulan Azira dan Iman tidak berhubung. Kedua-dua nya tidak tahu mengapa.
"Awak, kalau saya terjun bangunan awak akan tengok sahaja kan." Zira tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan yang pelik itu kepada Aimal.
" Zira, kenapa cakap macam tu?" Aimal terkedu seketika.
" Betul la, dulu awak yang kata kan klau saya terjun bangunan awak akan tengok sahaja awak tak akan halang."
" Memang la, tapi sebelum tu saya dah letak la tilam kat bawah tu supaya awak tak apa-apa"
Azira sengaja memandang Aimal dengan riak wajah yang nakal.
" Dah awak jangan nak buat saya risau nanti saya tak boleh nak buat kerja kut"
Azira ketawa.
" Saya saja je. Awak ingat saya gila ke nak buat betul."
" Ooooo... nakal ye kenakan saya."
Walaupun saat itu Azira sedang ketawa tetapi Aimal tahu bahawa hati nya tidak gembira.
* * * *
" Tak cukup lagi ke awak sakit kan hati saya."
Azira cuba menahan air matanya dari mengalir. Namun dia tidak tertanggung, air mata itu tetap mengalir. Adakah Iman sengaja menyakit kan hati nya selama ini kerana dia sudah mempunyai wanita lain dalam hidup nya. Namun kenapa setiap kali ditanya Iman tidak akan mengakui nya.
" Tak ada apa yang perlu saya jelas kan pada awak."
Iman sengaja tidak mahu menjelaskan salah faham itu. Dia berharaf agar Azira akan berhenti menyayangi diri nya walaupun dia tahu itu mustahil. Dia amat mengenali Azira. Apabila gadis itu mula menyayangi seseorang, perasaan tu akan kekal dalam dirinya.
" Kau dah dengar kan apa Iman cakap, so mulai sekarang kau dah tak ada makna lagi pada dia."
Maria menyimbah air didalam gelasnya ke muka Azira. Saat itu juga Aimal menonjolkan dirinya. Dia menepis tangan Maria, sedangkan Iman hanya melihat sahaja. Azira berlari meniggalkan majlis itu.
" Kau dah melampau Iman."
Bibir Iman pecah ditumbuk oleh Aimal.
" Tak boleh ke kau ikhlas untuk menyayangi Azira. Aku tak kan lepaskan kau kalau apa-apa terjadi pada dia. Dan satu lagi, aku tak kan pernah berhenti untuk terus menyayangi dia."
Iman tidak membalas walau sepatah pun kata-kata Aimal. Maria mendekati Iman.
"Awak tak apa-apa ke."
Iman memandang tepat kemata Maria. Satu tamparan singgah di pipi Maria.
" Sekali lagi kau sakiti Azira. Aku tak kan lepaskan kau. Kau faham tu"
Iman memberi amaran kepada Maria. Dia kemudian meninggal kan majlis dan cuba mencari Azira.
" Azira, Saya akan jelaskan semuanya."
Iman mendekati Azira.
" Selesai kan lah masalah korang. Saya tunggu awak seberang jalan sana."
Sambil memberikan isyarat kepada Azira bahawa dia akan terus menunggu Azira, Aimal mengundur diri. Dia tahu dia tak sepatutnya ada di antara mereka.
" Apa lagi yang awak nak terangkan?"
" Zira, selama ni saya memang sayang kan awak. tapi saya tak tahu kenapa saya tak pasti dengan perasaan saya." Iman mula menerangkan situasi dirinya.
" Awak tak pasti dengan perasaan awak, awak tau tak awak yang membuat kan saya sayang kan awak. Awak memang ego."
Azira sudah tawar hati dengan sikap Iman dia melintas jalan meniggal kan Iman. Aimal masih menunggu nya di seberang sana.
" Azira." Iman memanggil Azira.
Azira memaling melihat Iman yang sedang melintas.
" Iman............."
Benar kata orang tiada siapa dapat menduga bila malang akan menimpa. Pada malam itu Iman telah dilanggar oleh Sebuah lori. Pemergian Iman bagaikan duri yang tertusuk di lubuk hati Zira dan ia tidak dapat dikeluarkan. Yang pergi tetap akan pergi. Namun yang hidup perlu mencari haluannya. Zira memulakan kehidupannya yang baru dan kini mula mencari laluan hidup nya. Aimal, dia masih lagi menanti agar suatu saat nanti pintu hati Zira akan terbuka untuk dirinya. Dia yakin keikhlasan kasih sayang yang ditunjukkannya akan dapat dirasai juga oleh Zira bila masanya tiba nanti. " Azira, kamulah yang ada dihatiku. Kamu yang pertama dan kamu juga tiada gantinya." Kata-kata itu sering diucapkan oleh bibirnya.
TAMAT.
:-).......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan